PBT

Pertubuhan Amal THZ sumbang 2,000 unit bahan cegah Covid-19

28 Ogos 2020, 12:50 AM
Pertubuhan Amal THZ sumbang 2,000 unit bahan cegah Covid-19

SHAH ALAM, 28 OGOS: Pertubuhan Amal THZ menyalurkan bantuan 2,000 unit bahan pencegah Covid-19 berupa pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

"Kita cuba membantu sedaya yang boleh dan Pertubuhan Amal THZ kini aktif mengagihkan sumbangan di hospital kerajaan, klinik kesihatan dan pihak berkuasa tempatan. Insya-Allah kita akan agih sumbangan di seluruh Selangor," kata Presiden Pertubuhan Amal THZ Tengku Dato' Dr Hishammuddin Zaizi yang juga penaungnya.

Majlis berlangsung di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi dengan Dr Hishammuddin menyerahkan sumbangan kepada Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzil Ahmad Tajuddin.

Beliau menjelaskan pihaknya turut memberikan mesin semburan pembasmi kuman ke beberapa sekolah terpilih di sekitar Klang bagi membolehkan pelajar melakukan pembasmian kuman sebelum ke kelas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619