ADN

ADN Templer: Bersih longkang, semak langkah awal elak banjir kilat

27 Ogos 2020, 9:42 AM
ADN Templer: Bersih longkang, semak langkah awal elak banjir kilat
ADN Templer: Bersih longkang, semak langkah awal elak banjir kilat

SHAH ALAM, 27 OGOS: Kerja pembersihan longkang dan semak sekitar Selayang Baru dijalankan segera bagi mengelak banjir kilat di kawasan tersebut berulang, kata ahli dewan negeri Templer.

Mohd Sany Hamzan berkata usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

"Kita ambil pendekatan bersihkan longkang dan semak samun sekitar kawasan itu sebelum tindakan jangka panjang iaitu proses pengambilan tanah bagi kerja naik taraf anak Sungai Udang fasa dua dilaksanakan," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

[caption id="attachment_433961" align="alignright" width="500"] Mohd Sany Hamzan menziarahi seorang pemuda yang terlantas sakit akibat kemalangan.[/caption]

Mohd Sany berkata perkara itu sudah dibangkitkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor namun ia memerlukan masa kerana melibatkan banyak pihak.

"Saya harap penduduk terus bersabar. Semoga tindakan jangka pendek yang kita lakukan ini dapat mengurangkan masalah banjir kilat yang kerap melanda," katanya.

Semalam, Mohd Sany turut meninjau keadaan parit di Jalan 11 D Kampung Selayang Baru yang tidak terurus dengan baik dan memerlukan proses pendalaman kerana sering mengakibatkan banjir setiap kali musim hujan.

Pada masa sama, beliau turun padang untuk menziarahi seorang pemuda terlantar akibat kemalangan jalan raya dan menghulur sumbangan wang tunai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619