PBT

MDKS tutup lima premis niaga dijaga warga asing tanpa kebenaran

27 Ogos 2020, 12:18 AM
MDKS tutup lima premis niaga dijaga warga asing tanpa kebenaran

KUALA SELANGOR, 27 OGOS: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengarahkan lima premis dikendali warga asing di sekitar Bestari Jaya ditutup serta-merta, selepas dipercayai menyalahgunakan lesen perniagaan.

Yang Dipertuanya berkata tindakan diambil susulan Operasi Bersepadu Premis Warga Asing di sekitar kawasan itu dan Ijok melibatkan 20 premis pada 18 Ogos lalu.

"Kesemua lesen perniagaan ditarik semula Jabatan Pelesenan MDKS untuk siasatan lanjut. MDKS boleh membatalkan lesen yang diberi jika pemilik memberi dokumen atau membuat perisytiharan palsu, mengelirukan atau tidak tepat.

"Tindakan sitaan dan arahan tutup serta merta turut dikenakan kepada sebuah pusat cuci kereta di Jalan Makmur, Ijok kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dan disyaki dioperasikan warga asing," kata Rahilah Rahmat dalam kenyataan.

Beliau berkata, pada operasi sama, seorang warga tempatan di Jalan Suria 2, Bestari Jaya ditahan bersama 74,096 rokok seludup pelbagai jenis bernilai cukai RM47,501.16.

"Hasil pemeriksaan mendapati suspek menjadikan peti sejuk beku di ruangan stor sebagai tempat penyimpanan barangan itu. Suspek ditahan bersama barang rampasan mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619