SELANGOR

Judi: 18 premis dipotong bekalan elektrik

25 Ogos 2020, 1:15 AM
Judi: 18 premis dipotong bekalan elektrik

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Sebanyak 18 buah premis telah dipotong bekalan elektrik, yang melibatkan premis rumah kedai dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian di sekitar Ampang, Pandan Indah, dan Pandan Perdana, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohd Azam Ismail berkata, operasi pemotongan bekalan elektrik berkenaan dibuat bersama pihak Tenaga Nasional Berhad dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, semalam.

Beliau berkata, tindakan pemotongan bekalan elektrik ini diambil bagi mengekang aktiviti perjudian, di daerah Ampang Jaya.

“Tindakan pemotongan elektrik oleh kakitangan Tenaga Nasional Berhad mengikut undang-undang di bawah Seksyen 38 (1A) Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Undang-undang berkaitan bertindak mengikut Undang-Undang Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289 - Pindaan 2001) dengan kuasa-kuasa yang telah diberikan di bawah seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289 - Pindaan 2001) ke atas premis yang menjalankan kegiatan perjudian di dalam premis,” katanya dalam kenyataan semalam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619