AGENSI

Yide bertemu MSU, kerjasama rancak aktiviti kebajikan

24 Ogos 2020, 9:38 AM
Yide bertemu MSU, kerjasama rancak aktiviti kebajikan

SHAH ALAM, 24 OGOS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) akan bekerjasama dengan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) bagi merancakkan lagi aktiviti kebajikan khususnya pembangunan rumah anak yatim dan pusat dialisis.

"Dengan semangat keprihatinan ummah, Yide komited melaksanakan program dan acara kebajikan yang memberi manfaat kepada anak yatim dan pesakit yang memerlukan khususnya di bawah Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor," tulis yayasan itu di Facebook.

Pada 18 Ogos lalu, Pengerusi Yide Dato' Bakhtiar Hussin mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden MSU Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid di universiti itu.

Sepanjang 2019, Yide mengagihkan RM2.8 juta kepada golongan memerlukan dan pusat dialisis.

Sebelum ini, yayasan berteras kebajikan itu juga mengalu-alu orang ramai menyumbang menerusi Touch 'n Go eWallet bagi menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai.

Kemudahan lebih efiesen itu selari situasi wabak Covid-19 serta tiada caj perkhidmatan dikenakan kepada pendema bagi Tabung Infaq Dana Yide.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619