ADN

PPKK Subang Jaya manfaat 3,500 kanak-kanak

24 Ogos 2020, 4:03 AM
PPKK Subang Jaya manfaat 3,500 kanak-kanak
PPKK Subang Jaya manfaat 3,500 kanak-kanak

SUBANG JAYA, 24 OGOS: Kira-kira 3,500 kanak-kanak menerima manfaat menerusi penubuhan Pusat Peduli Kanak-kanak (PPKK) di Pangsapuri Angsana di sini, kata Ahli Dewan Negeri(ADN) Subang Jaya.

Michelle Ng Mei Sze berkata PPKK yang diselaras Pertubuhan Peduli Kanak-Kanak Subang Jaya memberi peluang kepada golongan itu menyertai aktiviti seperti kelas tuisyen, muzik, tarian dan komputer.

“Bagaimanapun, buat masa ini PPKK hanya dibuka untuk kelas tuisyen berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mengehadkan tempoh operasi dan kanak-kanak mengikuti kelas tersebut mengikut slot ditetapkan.

“Pada masa sama, kita khuatir jika terlalu ramai dalam pusat ini dalam satu-satu masa menyebabkan penyelaras sukar menyesuaikan diri, jadi kita tidak mahu langgar tatacara operasi piawai (SOP),” katanya selepas Majlis Pelancaran PPKK semalam.

[caption id="attachment_433009" align="alignnone" width="500"] ADN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze (dua dari kanan) ketika Majlis Pelancaran PPKK pada 23 Ogos 2020. Foto: Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Subang Jaya[/caption]

Menurut Michelle pusat itu juga menyediakan khidmat kaunseling, kursus pengasuhan serta perkembangan kanak-kanak.

Mengulas perancangan masa depan, katanya, berhasrat menjadikan tempat itu sebagai Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) memandangkan ia sudah memenuhi kriteria Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM).

“Sebelum ini, kita memang mahu berdaftar di bawah PAKK namun difahamkan tiada peruntukan, jadi apabila ada masa sesuai kita akan buat permohonan sewajarnya.

“Tambahan pula, PPKK mempunyai rekod prestasi yang membuktikan jawatankuasa penyelaras daripada badan bukan kerajaan (NGO) pernah terlibat dalam aktiviti kanak-kanak.

“Malah, kita ada fasiliti yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti kanak-kanak maka kita berharap lot ini memenuhi keperluan mereka (JKM)."

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619