AGENDA

KKM saran MKN lanjut PKPP, ikut nasihat WHO

23 Ogos 2020, 8:37 AM
KKM saran MKN lanjut PKPP, ikut nasihat WHO

KULAI, 23 OGOS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual berakhir pada 31 Ogos ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata saranan tersebut diberikan berikutan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan wabak Covid-19 akan berlaku bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun .

Katanya tempoh dua tahun merupakan masa yang lama dan pelbagai usaha telah dan akan dilakukan kerajaan termasuk memastikan rakyat mengamalkan norma baharu bagi menangani penularan Covid-19.

"Untuk PKPP yang akan berakhir pada 31 Ogos, pihak KKM telah membuat saranan kepada pihak MKN dan juga perdana menteri supaya dipertimbangkan untuk (terus) dilaksanakan sehingga keadaan lebih terkawal. Jadi terpulang kepada Yang Berhormat Perdana Menteri untuk umumkannya dalam masa terdekat.

"Kita lihat di negara tertentu masih bergelut dengan kes meningkat manakala di negara kita, kita masih memperkukuh dan mengawal pintu masuk dan sempadan dengan baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Perkeso Prihatin 10gara Selamat di Dewan Raya Felda Bukit Besar di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed

Dr Adham berkata KKM akan terus melaksanakan kaedah Pengesanan Secara Aktif menerusi Aplikasi My Sejahtera dan buku rekod pelanggan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kluster Covid-19.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619