AGENSI

Tiada acara besar sambut merdeka, rai dengan bacaan yasin

23 Ogos 2020, 7:11 AM
Tiada acara besar sambut merdeka, rai dengan bacaan yasin

KUANG, 23 OGOS: Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diraikan dengan bacaan yasin dan tahlil mengikut norma baharu bagi mencegah penularan Covid-19.

Dato' Menteri Besar berkata meskipun tiada acara besar seperti kelaziman, namun program di peringkat daerah dan komuniti mampu menyemarakkan semangat patriotisme.

“Pastinya sambutan tahun ini berbeza namun meriah. Tiada program bersekutu yang besar seperti selalu, sebaliknya kita buat bacaan yasin dan tahlil,” kata Dato' Seri Amirudin Shari selepas merasmikan Majlis Sarapan Merdeka di Kampung Orang Asli Ulu Kuang hari ini.

Kelmarin, Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyeru rakyat menghidupkan suasana sambutan Hari Kebangsaan dengan penuh semangat meskipun negara sedang berdepan ancaman pandemik.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diadakan di Dataran Pahlawan, Putrajaya pada 31 Ogos dan seterusnya sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Sibu, Sarawak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619