AGENDA

Loji milik PKPS hasil lapan tan baja kompos sehari

21 Ogos 2020, 12:28 PM
Loji milik PKPS hasil lapan tan baja kompos sehari

SABAK BERNAM, 21 OGOS: Loji pemprosesan baja kompos milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang terletak di daerah ini beroperasi sepenuhnya, kata EXCO asas tani.

Ir Izham Hashim berkata loji bernilai RM4.5 juta itu mampu mengeluarkan lapan tan baja berkenaan sehari bagi memenuhi keperluan sektor pertanian di negeri ini.

"Hasil kerjasama PKPS dengan Taiwan, kita berjaya hasilkan baja kompos menggunakan tinja ayam dalam tempoh hanya tujuh hari berbanding tempoh sehingga 21 hari sebelum ini.

"Penggunaan mikrob dalam baja kompos boleh memulihkan kualiti tanah dengan cepat menjadi lebih subur sekaligus meningkatkan hasil tanaman," katanya pada Majlis Penyerahan Insentif Input Pertanian di Pusat Pertanian Jabatan Pertanian Sungai Besar hari ini.

Izham berkata pihaknya mempergiatkan kempen penggunaan baja berkenaan dalam kalangan petani di Selangor.

"Perancangan Kerajaan Negeri pada masa depan ialah memastikan sektor pertanian menggunakan baja kompos sepenuhnya yang tidak membawa kemudaratan kepada alam sekitar.

"Penggunaan baja kimia secara berlebihan dan berterusan terhadap tanaman menjadi antara penyumbang pencemaran alam sekitar kerana ia bukan saja merosakkan struktur tanah, malah turut mencemari sumber air berhampiran kawasan pertanian," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619