BERITA UTAMA

MPSepang cadang tambah lokasi pusat penjaja, galak niaga secara sah

21 Ogos 2020, 4:24 AM
MPSepang cadang tambah lokasi pusat penjaja, galak niaga secara sah

SHAH ALAM, 21 OGOS: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bercadang menambah lokasi pusat penjaja sementara bagi membolehkan lebih ramai peniaga berniaga secara sah mulai Oktober.

Yang dipertuanya berkata lokasi tersebut dimuktamadkan bersama jabatan teknikal dalam masa terdekat dengan konsep lebih sistematik.

"Dalam tempoh terdekat kita rancang untuk tambah lokasi penjaja sekali gus memberi peluang penjaja berniaga dengan lesen sah.

"Perkara ini kita sasar untuk bentangkan bulan hadapan dalam mesyuarat jawatankuasa dan Insya-Allah awal Oktober kita mulakan," kata Mohd Fauzi Mohd Yatim ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Mohd Fauzi menasihatkan peniaga tidak berlesen supaya pindah segera ke tempat yang kurang berisiko kepada orang awam dan aliran trafik sebelum permohonan lesen sementara diluluskan.

Minggu lalu, MBSA memberikan permit perniagaan sementara kepada 180 peniaga kecil dan penjaja di Bandar Baru Sungai Buloh melalui program penyusunan semula peniaga dan penjaja kawasan berkenaan.

Terbaharu MPKj juga mengikut langkah MBSA dengan mengeluarkan permit sementara kepada 150 peniaga dan penjaja kecil tidak berlesen di kawasan pentadbirannya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619