ADN

ADN: Sembilan wanita akademi kepimpinan dilatih, lahir pemimpin mahir

20 Ogos 2020, 8:13 AM
ADN: Sembilan wanita akademi kepimpinan dilatih, lahir pemimpin mahir

SHAH ALAM, 20 OGOS: Seramai sembilan mentee dari Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) kini menjalani latihan asas kepimpinan sebagai persiapan menjadi pemimpin berkebolehan, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang.

Rozana Zainal Abidin berkata semua peserta wanita di bawah seliaannya itu menyertai sesi kurikulum dua bulan bermula Ogos ini adalah inisiatif AKW untuk mereka berketrampilan berani, mahir dan cekap dalam memimpin organisasi.

"Sepanjang tempoh itu, saya selaku mentor akan mendidik kesemua mentee ini dengan pendedahan kepada praktikal dan teori mengenai kemahiran organisasi, kepimpinan politik serta kemahiran insaniah.

"Pengalaman saya selaku ADN dan penyelaras Dewan Undangan Negeri akan dijadikan contoh buat mereka," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Rozana berkata kesemua mentee akan dibawa turun padang untuk melihat dan merasai sendiri situasi sebenar di lapangan.

Sesi mentor mentee AKW adalah inisiatif Kerajaan Negeri di bawah Institut Wanita Berdaya yang ditubuhkan bagi mencungkil bakat wanita dan mendidik mereka menjadi pemimpin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619