AGENSI

IWB perluas latihan bantu golongan wanita terjejas pendapatan

6 Jul 2020, 7:40 AM
IWB perluas latihan bantu golongan wanita terjejas pendapatan

SHAH ALAM, 6 JULAI: Latihan Siri Usahanita Selangor bakal diperluas untuk membantu golongan wanita di negeri ini yang hilang pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua pegawai eksekutif Institut Wanita Berdaya (IWB) berkata latihan secara dalam talian itu meliputi panduan menulis resume, membina keyakinan diri, kursus motivasi dan kelas menjana pendapatan.

"Kita juga sedang bekerjasama dengan EXCO pambangunan usahawan (Rodziah Ismail) untuk menganjurkan program fizikal iaitu kursus secara bersemuka berkaitan keusahawanan," kata Siti Kamariah Ahmad Subki kepada SelangorKini.

Pada April lalu, IWB menganjurkan tiga latihan dalam Siri Usahanita iaitu Kursus Keusahawanan Dalam Talian, Kursus Asas Youtube dan Cara Urus Duit dengan lebih 1,000 penyertaan.

Institusi itu menyasarkan wanita yang berkecimpung dalam bidang perniagaan Industri Kecil dan Sederhana atau mereka yang mahu tambah pendapatan menyertai siri latihan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619