AGENDA

Kadar air tidak berhasil turun lebih sasaran pada 2019

18 Ogos 2020, 8:13 AM
Kadar air tidak berhasil turun lebih sasaran pada 2019

SHAH ALAM, 18 OGOS: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) berjaya menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) kepada 29.6 peratus tahun lalu berbanding 31.6 peratus pada 2018.

Dalam Laporan Prestasi 2019, Air Selangor memaklumkan penurunan dua peratus jauh lebih baik berbanding sasaran asal iaitu 30.6 peratus.

"Air Selangor meneruskan capaian positif mengurangkan purata NRW sekali gus mencatat rekod rendah dalam sejarah industri bekalan dan agihan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"(Kejayaan) ini dicapai melalui perancangan intensif dan pelaksanaan berterusan beberapa inisiatif dalaman sejak 2017," menurut laporan itu.

Inisiatif tersebut merangkumi usaha mengurangkan kes paip pecah, pemasangan alat pengesanan pada paip utama, penggantian paip dan meter lama serta rosak.

"Air Selangor yakin inisiatif dan program untuk mengurangkan NRW akan berjaya dengan sasaran pengurangan satu peratus setiap tahun," kata syarikat tersebut.

Tahun ini, kira-kira RM171.63 juta diperuntuk berbanding RM164 juta pada 2019 untuk pelaksanaan program menurunkan kadar NRW dan kerja penggantian meter.

Selain itu, sebanyak RM144.5 juta diagih untuk penggantian paip lama dan kerap pecah berbanding RM161.9 juta tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619