AGENDA

Kemalangan GP Austria: MB doakan Hafizh Syahrin sembuh

16 Ogos 2020, 3:00 PM
Kemalangan GP Austria: MB doakan Hafizh Syahrin sembuh

SHAH ALAM, 16 OGOS: Dato’ Menteri Besar mendoakan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah segera sembuh selepas mengalami kemalangan ketika perlumbaan Grand Prix (GP) Austria hari ini.

“Mendoakan @Hafizh_pescao55 segera sembuh akibat kemalangan yang dihadapi beliau,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia terselamat selepas gagal mengelak dan melanggar motosikal pelumba Italtrans Racing Team, Enea Bastianini yang sebelum itu jatuh pada pusingan awal di Litar Red Bull Ring-Spielberg.

Prinsipal Pasukan Petronas Sepang Racing, Datuk Razlan Razali mengesahkan Hafizh mengalami lebam terutama di bahagian pinggul tetapi berada dalam keadaan sedar.

"Hafizh berada dalam keadaan sedar dan hanya lebam. Selainnya OK. (Hafizh) masih berada di pusat perubatan untuk pemerhatian," katanya memetik laporan Berita Harian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619