AGENDA

Hala tuju Hafizh Syahrin diketahui selepas dua perlumbaan

30 Jul 2019, 12:55 AM
Hala tuju Hafizh Syahrin diketahui selepas dua perlumbaan

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Teka-teki berhubung pasukan mana bakal disertai pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah mungkin diketahui selepas beliau menamatkan dua perlumbaan iaitu masing-masing di Republik Czech hujung minggu ini dan Austria, pada 9 hingga 11 Ogos.

Hafizh Syahrin menegaskan beliau mahu memberi tumpuan kepada dua perlumbaan berkenaan selepas berehat panjang selama tiga minggu, sebelum membuat sebarang keputusan berhubung statusnya bersama pasukan Red Bull KTM Tech 3.

"Buat masa sekarang, tidak boleh lagi saya katakan apa-apa sebab saya perlu beri masa sedikit kepada diri saya dan juga penaja kerana saya masih dalam perbincangan.

"Mungkin dalam dua perlumbaan terdekat ini akan dapat tahu apa keputusan saya, di mana saya pergi," katanya kepada pemberita selepas pelancaran FIM Endurance World Championship (EWC) and FIA World Touring Car Cup (WTCR), semalam.

Masa depan Hafizh menjadi tanda tanya apabila pasukannya, Red Bull KTM Tech 3, mengikat kontrak dengan pelumba dari Afrika Selatan Brad Binder, untuk menggantikan pelumba berusia 25 tahun itu pada akan datang.

Sementara itu, Hafizh Syahrin berharap pasukannya dapat melakukan sedikit perubahan terhadap jentera yang digunakannya menjelang aksi di Republik Czech dan Austria.

"Saya harapkan pakej yang lebih baik untuk jentera saya, kerjasama dari segi ‘turning’ untuk ‘cornerkan’ jentera saya, buat masa sekarang ini agak sukar untuk saya ada ‘feeling’ dengan motor untuk ‘braking’ dan ‘corner’,” katanya.

Hafizh Syahrin yang terkenal dengan jolokan ‘El Pescao’ (little fish) sebelum ini pernah bergelut dengan masalah jentera yang memberi kesan terhadap prestasinya di perlumbaan pertama kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang berlangsung di Sirkit Antaranbangsa Losail, Qatar pada Mac lalu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619