AGENSI

Yide galak transaksi tanpa tunai, sumbang guna e-dompet Touch n Go

16 Ogos 2020, 4:21 AM
Yide galak transaksi tanpa tunai, sumbang guna e-dompet Touch n Go

SHAH ALAM, 16 OGOS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengalu-alu orang ramai menyumbang menerusi e-dompet Touch n Go bagi menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai.

Pengurus besarnya berkata kemudahan disediakan lebih efisien dan mengikut keadaan semasa serta tiada caj perkhidmatan dikenakan kepada pendema bagi Tabung Infaq Dana Yide.

"Dengan kaedah terbaharu ini orang awam boleh menderma secara terus sekali gus memudahkan kami menguruskan aktiviti kebajikan di negeri ini," kata Nur Mohd Razali Abdullah dalam kenyataan.

Pada 13 Ogos lalu, Yide dengan rasminya menerima serahan e-dompet Touch n Go bagi kegunaan di ibu pejabatnya dan enam cawangan Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor.

Penyerahan itu disampaikan menerusi kod QR oleh wakil bahagian produk dan pembangunan industri kecil sederhana Touch n Go, Azam Maszelan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619