AGENDA

E-dapur 'selamatkan' peniaga, bangkit selepas rugi

13 Ogos 2020, 11:55 PM
E-dapur 'selamatkan' peniaga, bangkit selepas rugi

SHAH ALAM, 14 OGOS: Inisiatif e-dapur membantu peniaga meraih semula pendapatan selepas hampir tiga bulan menanggung rugi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengusaha teh ais madu Mohd Hairi Mohd Amin berkata pendapatannya mencecah antara RM1,100 hingga RM1,900 sehari sejak menyertai program yang diperkenalkan April lalu.

"Ketika pelaksanaan PKP saya tidak boleh membuka gerai dan keadaan ini memberi kesan amat besar kepada kehidupan saya tetapi syukur e-dapur banyak membantu memulihkan perniagaan," katanya melalui video di laman sesawang amirudinshari.com

Pengalaman sama dikongsi Mohd Saiful Abdullah apabila restorannya hampir lingkup selepas tidak berniaga selama beberapa bulan.

"Inisiatif Kerajaan Negeri memberi nafas baharu kepada saya dan kini pendapatan harian konsisten antara RM800 hingga RM900 sehari," katanya.

Bagi Mohd Izzudin, pendapatannya menjual 'sambal chips' semakin baik sejak menyertai program tersebut malah pernah meraih pendapatan mencecah RM1,500 sehari.

E-dapur yang dilaksana melalui Platform Selangor dan Grab bermula 18 April lalu meraih nilai jualan RM1.52 juta dalam tempoh sebulan dan bakal diteruskan dengan sasaran 1,000 usahawan.

Inisiatif itu diperluaskan kepada khidmat barangan runcit, restoran, farmasi dan produk usahawan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619