EXCO

Ceroboh Hutan Simpan Bukit Cerakah: Ternakan disita, tiga lelaki ditahan

13 Ogos 2020, 11:00 AM
Ceroboh Hutan Simpan Bukit Cerakah: Ternakan disita, tiga lelaki ditahan
Ceroboh Hutan Simpan Bukit Cerakah: Ternakan disita, tiga lelaki ditahan

SHAH ALAM, 13 OGOS: Sebanyak 27 lembu dan 59 kambing yang diternak secara haram di Hutan Simpan Bukit Cherakah disita semalam.

EXCO Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata dalam operasi bersepadu beberapa agensi kerajaan itu tiga individu dipercayai penceroboh kawasan larangan berkenaan turut ditahan.

“Penceroboh mendirikan dua kandang serta sebuah pondok dan menjalankan aktiviti menternak lembu, kambing, itik, angsa dan ayam.

[caption id="attachment_430857" align="alignright" width="463"] Sebanyak 27 lembu dan 59 kambing yang diternak secara haram di Hutan Simpan Bukit Cherakah disita pada 12 Ogos 2020. Foto: Pejabat EXCO Alam Sekitar[/caption]

“Akibat kegagalan mereka mematuhi notis dikeluarkan Februari lalu, kandang dan pondok dirobohkan. Ini menunjukkan Kerajaan Selangor serius menangani isu penerokaan hutan simpan tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loy Sian berkata lima motosikal, sebiji lori dan dua unit pam air yang ada di lokasi turut disita.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 32 (1) Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Sabit kesalahan individu berkenaan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619