AGENSI

Covid-19: Kali ke-39 Selangor tiada kes penularan tempatan

11 Ogos 2020, 1:02 PM
Covid-19: Kali ke-39 Selangor tiada kes penularan tempatan

SHAH ALAM, 11 OGOS: Situasi Covid-19 di Selangor terus menunjukkan perkembangan positif apabila mencatatkan sifar kes penularan tempatan buat kali ke-39 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) hanya satu kes baharu direkodkan hari ini membabitkan pengembara yang pulang dari New Zealand.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini sebanyak 2,139 manakala empat kes aktif dengan kebolehjangkitan.

"Tiada kes pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 1,905 dan angka kematian kekal 24 orang," menurut data berkenaan.

Tiga daerah masih berstatus zon kuning susulan terdapat kes aktif iaitu Sepang (dua) manakala Hulu Langat dan Petaling masing-masing satu.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menggesa orang ramai supaya sentiasa mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dalam usaha membendung pandemik itu.

"STFC ingin mengingatkan bahawa norma baru (seperti) penjarakan fizikal, basuh tangan secara kerap, gunakan SELangkah (Langkah Masuh Dengan Selamat) ketika masuk premis bukanlah satu pilihan tetapi keperluan yang perlu dipatuhi," katanya di Facebook.

Hari ini, Malaysia merekodkan sembilan kes baharu membabitkan lima kes import dan empat penularan tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619