AGENSI

Kanak-kanak 12 tahun peminjam paling muda program BooksFly2U

10 Ogos 2020, 3:00 PM
Kanak-kanak 12 tahun peminjam paling muda program BooksFly2U

SHAH ALAM, 10 OGOS: Kanak-kanak 12 tahun menjadi peminjam buku paling muda menerusi program BooksFly2U, kata pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Mastura Muhammad berkata pihaknya tidak menjangka program pinjaman buku secara panggilan telefon itu mendapat reaksi positif dari golongan kanak-kanak.

"Salah seorang kakitangan PPAS yang mengendalikan proses pinjaman buku ini terkejut apabila ada kanak-kanak yang menghubungi mereka untuk meminjam buku.

"Sejak BooksFly2U dilancarkan, majoriti peminjam terdiri dari golongan dewasa ini kerana mereka meminjam buku untuk anak-anak, tetapi berbeza kali ini apabila kanak-kanak sendiri yang menghubungi PPAS untuk mendapatkan buku," katanya ketika ditemui SelangorKini.

Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, Mastura berkata jumlah peminjam buku secara e-panggilan itu merekodkan lebih 200 pinjaman setakat ini.

Katanya, buku bagi kategori fiksyen paling banyak dipinjam dengan novel siri Harry Porter menjadi tumpuan utama.

"Buku ini menjadi pilihan kerana harganya di pasaran agak mahal, oleh sebab itu orang ramai suka untuk meminjamnya dari perpustakaan.

"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini, saya sarankan supaya orang ramai mengambil peluang menggunakan BooksFly2U untuk meminjam buku-buku, hanya buat panggilan, buku yang ingin dibaca akan sampai di rumah," kataya.

Melalui BooksFly2U yang dilancarkan pada 16 Julai lalu, peminjam hanya perlu membuat panggilan telefon atau menghantar pesanan tajuk buku ke nombor 010-8491448 atau 03-55197667.

Dalam tempoh dua hari, petugas perpustakaan akan mendapatkannya dan mengaturkan penghantaran menggunakan khidmat e-panggilan manakala kos penghantaran serta pemulangan semula buku ditanggung peminjam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619