AGENSI

Premis judi Sungai Buloh: MBSA tidak kompromi staf salah guna kuasa

9 Ogos 2020, 6:39 AM
Premis judi Sungai Buloh: MBSA tidak kompromi staf salah guna kuasa

SHAH ALAM, 9 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk kakitangannya jika berlaku salah guna kuasa berhubung dakwaan premis judi tidak diambil tindakan di Sungai Buloh.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam berkata tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan agensi itu sekiranya didapati melakukan aktiviti menyalahi peraturan dan undang-undang.

"Saya amat berharap supaya orang ramai menyalurkan aduan secara terus kepada MBSA sekiranya ada maklumat berkaitan dengan salah laku kakitangan kami.

"Mereka boleh melaporkannya secara emel kepada aduanintegriti@mbsa.gov.my atau menelefon di talian 03-55105133 sambungan 1671," kata Mohd Rashidi Ruslan.

Mengulas dakwaan yang tular mengenai premis judi terbabit, Mohd Rashidi berkata pihaknya akan bekerjasama dan membantu polis menjalankan siasatan.

"Tindakan selanjutnya akan diambil sekiranya siasatan mendapati dakwaan tersebut benar," katanya lagi.

Terdahulu, tular video yang mendakwa MBSA tidak memantau kegiatan judi dan jualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Video dimuat naik Facebook 'Hot Burger Malaysia' turut mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada tauke kedai mesin judi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619