AGENSI

MPSJ: Kibar bendera di premis atau rumah, menang cabutan bertuah

8 Ogos 2020, 12:47 AM
MPSJ: Kibar bendera di premis atau rumah, menang cabutan bertuah

SHAH ALAM, 8 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyediakan pelbagai hadiah menarik jika orang ramai memasang Jalur Gemilang di premis bangunan atau kediaman masing-masing.

Agensi itu melalui hebahan berkata antara hadiah ditawarkan ialah peti sejuk, basikal, mesin basuh, televisyen, telefon bimbit, jam tangan serta alat kelengkapan dapur.

"Untuk memenangi hadiah menarik ini, peserta hanya perlu mengibarkan Jalur Gemilang di premis atau kediaman masing-masing sehingga 16 September ini, kemudian ikuti laman rasmi MPSJ termasuk Facebook dan Twitter.

"Seterusnya, muat naik gambar anda di media sosial masing-masing dan 'tag' pada media sosial MPSJ dengan #jomkibarmpsj2020, #mpsjvibrantcity dan #malaysiaprihatin," katanya.

Tambahnya, kempen "Jom Kibar, Terima Kasih Malaysia" bermula 1 Ogos lalu hingga 16 September sempena sambutan kemerdekaan kali ke-63.

Kriteria dan maklumat lanjut penyertaan boleh dilayari di laman web www.mpsj.gov.my atau hubungi talian 03-80264462 atau 03-80264462.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619