AGENDA

Tiada pekerja restoran nasi kandar di Butterworth positif Covid-19

7 Ogos 2020, 7:27 AM
Tiada pekerja restoran nasi kandar di Butterworth positif Covid-19

KEPALA BATAS, 7 OGOS: Polis hari ini mengesahkan tiada pekerja restoran nasi kandar di Jalan Chain Ferry, Butterworth dijangkiti Covid-19 seperti yang didakwa dalam mesej audio yang tular menerusi aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata pihaknya melakukan siasatan berhubung perkara itu setelah menerima laporan polis daripada pengarah restoran nasi kandar terbabit yang turut menerima mesej audio berkenaan.

"Menerusi mesej suara dalam bahasa Tamil itu, lelaki tersebut memaklumkan seorang pekerja di restoran nasi kandar berkenaan dijangkiti Covid-19 dan semua pelanggan meninggalkan premis serta diminta untuk mereka (pelanggan) tidak berkunjung ke situ lagi. Bersama mesej suara itu turut disertakan gambar restoran tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya kini giat mengesan individu yang merakam dan menularkan maklumat palsu tersebut yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619