AGENSI

Selangor mampu bebas Covid-19, rakyat perlu kekal berdisiplin

3 Ogos 2020, 1:12 PM
Selangor mampu bebas Covid-19, rakyat perlu kekal berdisiplin

SHAH ALAM, 3 OGOS: Selangor mampu menjadi negeri bebas Covid-19 sekiranya rakyat mengamalkan disiplin diri tinggi, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Pasukan tersebut memaklumkan pencapaian negeri ini yang tidak merekodkan kes baharu hari ini wajar dijadikan perangsang dalam usaha memutuskan rantaian wabak tersebut.

"Jumlah keseluruhan kes ialah 2,130 dengan tiada kes baharu dilaporkan hari ini. Tahniah warga Selangor! Jadikan pencapaian ini sebagai motivasi bahawa Selangor mampu bebas Covid-19 sepenuhnya. Disiplin dan sikap diri kita merupakan vaksin wabak ini. Amalkan norma baharu dan langkah pencegahan yang terbaik," katanya.

Sementara itu menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) lima daripada sembilan daerah berstatus hijau ialah Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sabak Bernam.

"Empat daerah berstatus kuning pula ialah Sepang yang mempunyai tiga kes aktif diikuti Petaling dengan dua manakala Gombak dan Hulu Langat masing-masing satu," katanya.

Malaysia merekodkan sebanyak dua kes baharu Covid-19 hari ini selepas kali terakhir mencatatkan angka harian sama pada 30 Jun lalu, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes tersebut adalah satu kes kluster PUI (pesakit bawah siasatan) Sivagangga di Kedah dan saringan pelajar kolej tidak bergejala di Wilayah Persekutuan Labuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619