AGENDA

Marrybrown catat rekod, edar lebih 10,000 nasi lemak percuma sehari

2 Ogos 2020, 2:38 AM
Marrybrown catat rekod, edar lebih 10,000 nasi lemak percuma sehari

JOHOR BAHRU, 2 OGOS: Restoran rangkaian makanan segera tempatan, Marrybrown Malaysia, menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas memberi lebih 10,000 kotak nasi lemak secara percuma dalam sehari di semua cawangannya di seluruh negara.

“Secara peribadi, hidangan (nasi lemak) mencerminkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia kerana setiap menu pada pinggan nasi lemak sama penting, sama seperti rakyat Malaysia berusaha untuk lebih sejahtera ketika bersatu dan hidup harmoni,” kata ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Joshua Liew.

“Dalam membawa sentimen ini kepada realiti, kami bangga memberi penghormatan kepada ‘Hidangan Kebanggaan Kita” dengan menjadikan 1 Ogos sebagai Hari Nasi Lemak Marrybrown, mulai tahun ini,” katanya kepada media selepas menerima sijil MBOR daripada Pengurus Pejabat MBOR, Lee Pooi Leng, di sini, semalam.

Menurut Liew, sejak 39 tahun lalu, Marrybrown telah membawa sesuatu yang berbeza kepada peminatnya seperti menjadi rangkaian restoran makanan segera menyajikan nasi lemak, syarikat francais QSR pertama tempatan dan jenama QSR halal pertama tempatan menembusi pasaran antarabangsa.

“Marrybrown mampu mencapai sejauh ini dengan penampilan ini hasil sokongan dan dorongan daripada pelanggan kami. Oleh itu memberikan 10,000 kotak nasi lemak khas ini adalah penghargaan yang bermakna bagi kami,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619