SELANGOR

Polis tegas laksana peraturan pemakaian pelitup muka

1 Ogos 2020, 8:36 AM
Polis tegas laksana peraturan pemakaian pelitup muka
Polis tegas laksana peraturan pemakaian pelitup muka

SHAH ALAM, 1 OGOS: Polis Selangor tegas dalam melaksanakan peraturan pemakaian pelitup muka susulan arahan kerajaan mewajibkan penggunaan alat itu mulai hari ini.

Ketuanya, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata tindakan kompaun RM1,000 boleh diambil kepada individu yang tidak patuh arahan.

“Sebelum ini kita hanya beri amaran dan peringatan. Namun kali ini terus kompaun kepada yang ingkar arahan.

[caption id="attachment_428301" align="alignright" width="500"] Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal bersama sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuat pemantauan Pematuhan Pemakaian pelitup muka di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pada 1 Ogos 2020. Foto Facebook Polis Petaling Jaya[/caption]

“Pelitup muka ini mesti dipakai sentiasa untuk elak jangkitan virus dan bukan disebabkan takut kepada polis atau denda,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Polis Daerah Petaling Jaya bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini melakukan tinjauan kepatuhan orang awam terhadap penggunaan pelitup muka di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pagi tadi.

Pada 23 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos berikutan penambahan kluster jangkitan Covid-19 selain atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619