BERITA UTAMA

Keluasan tanaman nanas MD2 cecah 404 hektar

1 Ogos 2020, 12:45 AM
Keluasan tanaman nanas MD2 cecah 404 hektar

SHAH ALAM, 1 OGOS: Program tanaman nanas bernilai tinggi jenis MD2 di Selangor mula berhasil apabila keluasan penanaman mencecah 404 hektar (1,000 ekar) setakat ini, kata EXCO pemodenan pertanian.

Ir Izham Hashim berkata Kerajaan Negeri yakin keluasan tanaman dan kadar pengeluaran nanas bakal bertambah sekiranya mendapat kerjasama pihak terlibat selain disokong kecekapan strategi.

"Tanaman nanas MD2 mampu hasilkan pulangan lumayan kerana bekalannya tidak mencukupi di pasaran tempatan, malah dikelaskan dalam program tanaman sumber kekayaan baharu.

“Faktor tanaman nanas tidak cerewet dijaga menyebabkannya menjadi pilihan golongan petani moden. Setakat ini nanas ditanam di pelbagai kawasan seluruh Selangor antaranya Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Klang," katanya kepada SelangorKini.

Harga jualan terus nanas MD2 kepada pengguna yang membeli dari kebun atau ladang boleh mencapai harga RM2 hingga RM5 sekilogram bergantung pada saiz buah.

Dalam perkembangan berkaitan, Izham berkata Selangor di landasan tepat untuk menjadi pusat pengeluaran makanan bernilai tinggi negara pada masa depan.

"Selain nanas, kita telah pun memulakan projek 11 jenis tanaman bernilai tinggi iaitu nangka madu J33, halia, roselle, cendawan, jagung bijiran, lemon mattle, kelapa matag, rumput lembu, cendawan, pisang, cavendish dan sayuran bernilai tinggi seperti salad," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619