AGENSI

AADK Selangor periksa pemandu, penumpang bas

30 Jul 2020, 3:21 AM
AADK Selangor periksa pemandu, penumpang bas

SHAH ALAM, 30 JULAI: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor menempatkan anggota penguatkuasanya di terminal bas negeri ini sempena cuti perayaan Aidiladha untuk memastikan pemandu dan penumpang bas ekspres bebas dadah.

Pengarah AADK Selangor Dr Nazira Sadiron berkata menerusi langkah itu, setiap pemandu dan penumpang akan diperiksa dalam operasi empat hari iaitu semalam dan hari ini serta pada Selasa dan Rabu ini (4 dan 5 Ogos).

"Seramai 48 anggota AADK dan 180 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri turut terlibat dalam operasi 'Op Terminal' ini.

"Anggota AADK dan JPJ akan sentiasa berada di terminal bas Seksyen 17 di sini, Kajang dan Klang Sentral," katanya kepada pemberita selepas pelancaran operasi itu, malam tadi.

Nazira berkata setakat semalam, seramai 54 pemandu sudah diperiksa dan kesemuanya negatif ujian dadah.

Katanya, menerusi operasi itu beliau turut berharap kemalangan membabitkan kes penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan pemandu dapat dibendung.

"Pemeriksaan bas turut dilaksanakan oleh JPJ dan setakat ini keadaan memuaskan,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619