AGENSI

Sifar kes Covid-19 di Selangor, kali ketujuh sejak PKPP

28 Jul 2020, 11:44 AM
Sifar kes Covid-19 di Selangor, kali ketujuh sejak PKPP

SHAH ALAM, 28 JULAI: Di sebalik peningkatan drastik kes baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini, Selangor mencatat sifar kes buat kali ketujuh sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS), perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini 2,119.

"Bilangan kes pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat ini 1,900 orang manakala angka korban kekal 24," maklumnya.

Empat daerah masih berstatus zon kuning susulan beberapa kes aktif dikesan iaitu Sepang dengan tiga kes diikuti Hulu Langat, Petaling dan Gombak masing-masing satu.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menggesa masyarakat supaya terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengelak kenaikan mendadak kes wabak.

"Penyebaran virus Covid-19 amat memerlukan kerjasama semua pihak dan ia bukan usaha perseorangan.

"Setiap individu wajib mematuhi SOP dikuatkuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan STFC. Jangan jadi punca negara kita tergendala semula!" katanya menerusi Facebook.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 39 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara iaitu yang tertinggi sejak 15 Jun lalu, termasuk 28 kes melibatkan penularan tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619