AGENSI

Amanah yakin pengundi Cina pilih PAKATAN pada PRU15

27 Jul 2020, 8:28 AM
Amanah yakin pengundi Cina pilih PAKATAN pada PRU15

SHAH ALAM, 26 JULAI: Parti Amanah Negara (Amanah) yakin sokongan pengundi Cina kembali kepada Pakatan Harapan (PAKATAN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meskipun kajian menunjukkan trend itu menurun baru-baru ini.

Pengarah Sumber Manusia Amanah Selangor Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mengakui sokongan merosot atas faktor tertentu, namun pengundi cenderung memilih parti yang dapat membantu.

"Mungkin benar ada penurunan sokongan dan ia berlaku atas faktor tertentu, namun masyarakat Cina membuktikan mereka memilih pihak yang dapat membantu.

"Pilihan raya kecil (PRK) tidak boleh dijadikan kayu ukur sama ada PAKATAN mendapat sokongan kaum bukan Melayu atau tidak kerana PRK tidak mengubah kerajaan sedia ada. Oleh itu, saya yakin sokongan beralih kepada PAKATAN semula," katanya kepada SelangorKini.

Kelmarin, media melaporkan kajian Merdeka Center mendapati sokongan kaum Cina terhadap PAKATAN turun kepada 44 peratus berbanding 95 peratus pada pilihan raya umum lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619