AGENDA

Covid-19: KKM kesan dua lagi kluster baharu

25 Jul 2020, 11:07 AM
Covid-19: KKM kesan dua lagi kluster baharu

SHAH ALAM, 25 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan sebuah pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor dan syarikat pembinaan Kuching di Sarawak.

Ketua pengarah kesihatan berkata Kluster Bukit Tiram dikenal pasti apabila dua individu bukan warganegara yang merupakan kakitangan pusat berkenaan positif Covid-19.

"Kedua-dua kes ini mula mengalami gejala pada 15 Julai lalu namun tidak mendapatkan rawatan segera di mana-mana fasiliti kesihatan dan kemudiannya membuat saringan Covid-19 sebelum dikesan positif pada 24 Julai.

"Sehingga hari ini, terdapat dua kes positif dan 10 orang kontak rapat dikenal pasti dalam kluster ini dan semua kontak sudah disaring serta masih menunggu keputusan," kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Syarikat Pembinaan Kuching pula dikesan dengan kes pertama pada 11 Julai lalu.

"55 kontak rapat dikenal pasti terdiri daripada lima rakan serumah serta 50 rakan sekerja sudah disaring dan didapati negatif Covid-19. Kluster ini dikenal pasti apabila satu kes positif iaitu kes ke-8881 dikesan daripada saringan ulangan kontak-kontak rapat kes ke-8715," katanya.

Pertambahan kluster itu menjadikan keseluruhan 25 kluster dikesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan 10 Jun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619