AGENSI

30 majikan sertai pameran kerjaya Ogos ini

25 Jul 2020, 9:45 AM
30 majikan sertai pameran kerjaya Ogos ini

SHAH ALAM, 25 JULAI: Seramai 30 majikan dalam pelbagai sektor dijangka menyertai pameran kerjaya yang dijadual Ogos ini, menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor.

Pengarahnya Mustafa Deraman berkata majikan antaranya meliputi industri peruncitan dan perkilangan yang giat menjalankan perniagaan sepanjang tempoh perintah kawalan.

"Kita memiliki data majikan yang mengambil inisiatif menyediakan peluang pekerjaan melalui portal MyFuture Job Vacancies untuk diwar-warkan kepada masyarakat yang hilang pendapatan susulan pandemik Covid-19," katanya ketika dihubungi SelangorKini hari ini.

Mustafa turut menghargai usaha Kerajaan Negeri mengatasi isu tersebut dengan membantu individu terjejas mendapat pekerjaan bersesuaian.

"Hebahan promosi (pameran kerjaya) diteruskan di media sosial bagi memastikan penganjuran kali ini menerima sambutan menggalakkan," katanya lagi.

Pameran yang berlangsung di Stadium Malawati dan Stadium Shah Alam menawarkan 24,500 peluang pekerjaan dengan pemohon perlu mengisi borang menerusi laman sesawang Perkeso sebelum dipilih menghadiri program berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619