AGENDA

KKM catat lima kes import Covid-19, 16 tempatan

24 Jul 2020, 10:31 AM
KKM catat lima kes import Covid-19, 16 tempatan

SHAH ALAM, 24 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) merekod 21 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 8,861 orang.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan tiga warganegara Malaysia dan dua warga asing.

"Lima kes ini adalah dari Singapura, Australia, Filipina, Pakistan dan Qatar yang masuk ke Malaysia atas urusan kerja dan berkahwin dengan rakyat tempatan," kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Beliau berkata terdapat 16 kes penularan dalam negara membabitkan 13 rakyat tempatan dan tiga bukan warga negara iaitu dua kes di Kuala Lumpur; Selangor (satu); Johor (satu); Pahang (satu); Sarawak (lapan).

"Sehingga kini, tiga orang pulih dan dibenarkan keluar hospital manakala lima kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi serta dua memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes kematian menjadikan jumlah kekal 123 kes," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619