AGENDA

82 kes baharu Covid-19 libatkan 10 negeri

26 Sep 2020, 10:22 AM
82 kes baharu Covid-19 libatkan 10 negeri

SHAH ALAM, 26 SEPT: Malaysia merekodkan 82 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 79 daripadanya jangkitan tempatan manakala tiga kes import.

Ketua pengarah kesihatan berkata kebanyakan negeri mula mencatatkan kes baharu iaitu Sabah sebanyak 64 kes, Kuala Lumpur (enam), Negeri Sembilan (tiga), Selangor dan Terengganu (masing-masing dua) serta Pahang, Melaka, Johor, Sarawak dan Labuan (masing-masing satu).

"Pertambahan tersebut menjadikan bilangan kes Covid-19 di negara ini sebanyak 10,769 dengan 851 daripadanya merupakan kes aktif.

"Daripada 79 individu dijangkiti dalam kes tempatan, 53 adalah warganegara manakala 26 bukan warganegara manakala dua daripada kes import adalah warganegara dan seorang bukan warganegara," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 89 kes pulih direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah 9,785 atau 90.86 peratus daripada keseluruhan kes.

"Sebanyak lapan kes dirawat di unit rawatan rapi dan tiada kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian keseluruhan kekal 133 kes," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619