AGENDA

Solat Aidiladha: Bilangan jemaah bergantung kapasiti masjid, surau

23 Jul 2020, 6:40 AM
Solat Aidiladha: Bilangan jemaah bergantung kapasiti masjid, surau

SHAH ALAM, 23 JULAI: Umat Islam di negeri ini tidak perlu memohon untuk menunaikan solat Aidiladha di masjid dan surau pada 31 Julai seperti mengerjakan solat Jumaat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata bilangan jemaah juga tidak dihadkan tetapi mengikut jumlah kapasiti sesuatu rumah ibadat dengan penjarakan sosial 1.5 meter.

"Perkara ini dipersetujui dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan ia terpakai di semua masjid negeri dan daerah.

"Jais mengingatkan kepada pengurusan masjid dan surau di seluruh negeri agar mengawal jemaah dan jangan berebut-rebut untuk menunaikan solat Aidiladha kerana ia hanya amalan sunat," kata Mohd Shahzihan Ahmad kepada SelangorKini hari ini.

Beliau berkata tatacara operasi piawai (SOP) solat berkaitan sama seperti ditetapkan untuk solat Jumaat dan lima waktu.

Berikut persediaan penting sebelum ke masjid dan surau:

1. Berwuduk dari rumah

2. Memakai pelitup muka

3. Membawa sejadah sendiri (ukuran standard)

4. Sihat dan tidak bergejala (bacaan suhu melebihi 37.5 Celcius dilarang hadir)

5. Menggunakan cecair pembasmi kuman atau membersihkan tangan ketika

hadir dan pulang dari masjid/surau

6. Hadir lebih awal ke masjid atau surau kebenaran khas Jumaat

(sebelum azan pertama berkumandang)

7. Sentiasa mematuhi dan menjaga penjarakan sosial.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619