AGENSI

Tiga kes baharu Covid-19 di Selangor babit kluster Hyde Park

23 Jul 2020, 12:10 AM
Tiga kes baharu Covid-19 di Selangor babit kluster Hyde Park

SHAH ALAM, 23 JULAI: Tiga kes baharu Covid-19 di Selangor semalam membabitkan kes import dari kluster Hyde Park.

Menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) pertambahan itu menjadikan jumlah kes di negeri ini sebanyak 2,112 termasuk 14 pesakit sedang dirawat dan 185 kes import.

"Jumlah kematian 24 dan keseluruhan pesakit sembuh ialah 1,889,” maklum BGNS.

Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua kluster baharu iaitu kluster Hyde Park dan pesakit bawah pemantauan (PUI) Melbourne di Sarawak.

Sehingga semalam, jumlah kluster aktif ialah 19 dengan 13 daripadanya diumum dalam tempoh 10 hari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619