AGENSI

Pelajar paling ramai ditangkap tunggang motosikal melulu

22 Jul 2020, 12:30 PM
Pelajar paling ramai ditangkap tunggang motosikal melulu

SHAH ALAM, 22 JULAI: Pelajar dalam lingkungan usia 16 hingga 20 tahun paling ramai ditangkap di sekitar Shah Alam kerana menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata kebanyakan kesalahan membabitkan lumba haram dikesan di Lebuhraya Persekutuan, Shah Alam (Kesas) dan Guthrie.

"Aktiviti ini biasanya berlaku ketika jalan lengang dan tangkapan antara 12 tengah malam hingga 5 pagi menggunakan pelbagai cara supaya dapat dibanteras," katanya dalam temu bual khas bersama SelangorKini pada 9 Julai lalu.

Sementara itu, katanya, seramai 55 individu ditangkap dengan 13 daripadanya didakwa di mahkamah atas kesalahan tersebut sejak Januari hingga Jun tahun ini.

Baharudin berkata tindakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan dibuat bersama pasukan risikan Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619