AGENSI

PKP buka ruang peniaga cuba bidang baharu

22 Jul 2020, 6:51 AM
PKP buka ruang peniaga cuba bidang baharu
PKP buka ruang peniaga cuba bidang baharu

SHAH ALAM, 22 JULAI: Langkah kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan premis perniagaan dilarang beroperasi, menyebabkan peniaga perlu mencari alternatif lain demi menampung kehidupan.

Peniaga restoran dari Petaling Jaya, Harliana Mohd Tahir berkata berdepan kerugian dan harus menyesuaikan diri dengan norma baharu tidak melemahkan semangatnya mencuba bidang perniagaan lain.

"Saya mula mencari pendapatan sampingan dengan membuat kerepek dan pelbagai jenis biskut serta menjualnya menerusi dalam talian.

"Ini sesuatu yang baharu kerana perlu memasarkan secara dalam talian. Bagaimanapun, kita harus akur kerana PKP untuk memutuskan rantaian Covid-19, perniagaan perlu diteruskan walaupun perolehan tidak seperti sebelumnya," kata pemilik Restoran Hliana Kitchen kepada SelangorKini.

 

Meskipun agak kekok pada peringkat awal tetapi Harliana, 41, tidak mahu menjadikan PKP sebagai alasan tidak meneruskan perniagaan kerana sambutan terhadap tempahan biskut dan kerepak amat memberangsangkan.

Mengulas kelonggaran diberikan kerajaan apabila membenarkan premis dibuka dalam tempoh PKP Pemulihan, beliau berkata antara cabaran adalah kehadiran pengunjung yang tidak ramai sekali gus menyukarkan bagi membayar sewa kedai dan gaji pekerja.

"Ini antara cabaran yang terpaksa saya hadapi tetapi pada masa sama dapat mencipta perniagaan baharu (jualan kerepek dan biskut)," katanya.

Berniaga lebih lima tahun lalu, kini Harliana banyak memberi fokus kepada jualan pelbagai jenis kuih seperti kuih tart nenas, samperit susu, biskut jambu dan kerepek pisang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619