AGENSI

RMS berkenan terima sumbangan RM1.55 juta bina Kompleks Anak Yatim Yide

21 Jul 2020, 9:41 AM
RMS berkenan terima sumbangan RM1.55 juta bina Kompleks Anak Yatim Yide

SHAH ALAM, 21 JULAI: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah al Haj berkenan menerima sumbangan bagi pembinaan Kompleks Anak Yatim Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) di Pulau Indah.

Pengurus Besarnya, Nur Mohd Razali Abdullah berkata lima syarikat korporat dan agensi kerajaan menyumbang dengan jumlah keseluruhan RM1.55 juta.

"Yide mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan dan mengalu-alukan lebih banyak syarikat korporat atau agensi berkaitan kerajaan untuk bersama menjayakan pembinaan kompleks ini.

"Kompleks ini juga adalah usaha sama Yide dengan Central Spectrum Sdn Bhd dan Perbadanan Wakaf Selangor yang sehingga kini telah mengumpul sejumlah RM6.3 juta tetapi masih perlukan RM3.7 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada majlis ringkas di Istana Mestika hari ini, Raja Muda Selangor berkenan menerima sumbangan daripada Central Sugars Refinery (CSR) Sdn Bhd bernilai RM1.3 juta; Worldwide Holdings Berhad (RM45,000); Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (RM36,600); Celcom Axiata Berhad (RM50,000) dan Aiman Platinum Sdn Bhd (RM41,000).

Turut hadir, Pengerusi Yide Dato’ Bakhtiar Husin dan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar.

Yide menyeru orang ramai, syarikat korporat dan agensi kerajaan menyumbang bagi pembinaan kompleks itu melalui Bank Islam (1223 40100 07330) atau secara dalam talian di Billplz (https://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim/), Jom Pay (BillerCode: 81059) atau aplikasi SnapNPay.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619