AGENSI

50 usahawan Selangor Fruits Valley terima bantuan baja, jentera

18 Jul 2020, 6:59 AM
50 usahawan Selangor Fruits Valley terima bantuan baja, jentera

SHAH ALAM, 18 JULAI: Seramai 50 usahawan Selangor Fruits Valley menerima bantuan pertanian daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Pengurus besar kumpulan berkata sebanyak RM100,000 peruntukan disediakan dalam bentuk bantuan baja, peralatan dan jentera, malah usaha itu diperluas selepas ini.

"Kita dah bagi baja dua tan secara percuma kepada petani bagi pembelian setiap dua tan baja. Hampir semua usahawan kita mengambil kesempatan membeli dua tan baja. Yang lain kita bantu dengan jentera pada harga istimewa.

"Selain itu, sewaan lot tanah kita kurangkan untuk membantu mereka. Kita juga akan beri peralatan yang diperlukan Insya-Allah bermula bulan hadapan," kata Tamby Omar Mohammed kepada Selangorkini.

Beliau menambah PKPS memperuntukkan RM3.5 juta untuk bekalan elektrik bagi memudahkan usahawan meningkatkan hasil pertanian.

Inisiatif jaminan bekalan makanan Selangor antara perkara ditekankan dalam pelan pemulihan ekonomi ketiga yang dibentangkan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari pada 13 Julai lalu.

Bagi menjayakan program Keselamatan Bekalan Makanan, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM50 juta di samping memperkasakan peranan PKPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619