AGENSI

Selangor catat empat kes baharu Covid-19 libat tiga kes import

17 Jul 2020, 1:34 PM
Selangor catat empat kes baharu Covid-19 libat tiga kes import

SHAH ALAM, 17 JULAI: Empat kes baharu Covid-19 dilaporkan di Selangor hari ini membabitkan tiga kes import manakala baki kes penularan tempatan.

"Dua daripada tiga kes itu adalah satu melibatkan pengembara yang pulang dari Kazakhstan, Qatar dan satu lagi di Sepang adalah kes saringan pra-penerbangan pulang ke Indonesia," menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini 2,098 daripada keseluruhan 8,755 kes seluruh negara dan 13 kes aktif dengan kebolehjangkitan.

Sebanyak 1,886 kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital manakala angka kematian kekal 24 orang.

Tiada perubahan ketara dalam jumlah kes aktif di dua daerah zon kuning iaitu Sepang (12) dan Gombak (satu).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619