AGENSI

Bekalan air di Klang pulih sepenuhnya

17 Jul 2020, 1:12 PM
Bekalan air di Klang pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 17 JULAI: Bekalan air yang terjejas di enam kawasan di wilayah Klang pulih sepenuhnya, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," kata Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri dalam kenyataan.

Terdahulu, pengguna di Kampung Pulau Indah, Taman Armada Putra, Taman Laguna Park, Glenn Cruise, Pulau Indah Industri Fasa 1 dan 2 berdepan gangguan bekalan air sementara berikutan insiden paip pecah di tapak projek pembinaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Indah semalam.

Dalam pada itu, Elina menyarankan pengguna memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk maklumat terkini bekalan air.

Pengguna juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau layari laman sesawang www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619