SELANGOR

MPSJ nafi anggotanya bertengkar dengan peniaga tepi jalan

17 Jul 2020, 3:59 AM
MPSJ nafi anggotanya bertengkar dengan peniaga tepi jalan

SHAH ALAM, 17 JULAI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menafikan penglibatan anggotanya dalam video tular pertengkaran dengan seorang penjual jagung yang berniaga di tepi jalan.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategiknya, Azfarizal Abdul Rashid berkata insiden itu tidak berlaku di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

“MPSJ ingin merujuk kepada video yang tular di medium media sosial Facebook bertajuk ‘gangster MPSJ kerajaan Selangor nak buat apa ni...’ yang memaparkan anggota PBT Selangor sedang melaksanakan tugas penguatkuasaan di lapangan.

“Insiden tersebut tidak berlaku di bawah kawasan pentadbiran MPSJ serta tidak melibatkan mana-mana kakitangan di organisasi ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu tular rakaman menunjukkan seorang penguat kuasa majlis perbandaran itu bertengkar dengan seorang lelaki di tepi jalan sambil disaksikan beberapa anggota lain.

Azfarizal menyeru pemilik akaun media sosial dan orang ramai tidak menyebarkan berita tidak sahih dan berkata individu terbabit boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah.

“MPSJ turut mengingatkan kepada orang awam supaya menggunakan saluran yang betul untuk mengemukakan sebarang bantahan serta tidak menghalang tugasan dilaksanakan oleh penjawat awam di lapangan,” tegasnya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619