ADN

Dewan Negeri lulus usul segera ganti paip usang

16 Jul 2020, 11:52 PM
Dewan Negeri lulus usul segera ganti paip usang

SHAH ALAM, 17 JULAI: Sidang Dewan Negeri Selangor semalam meluluskan usul mempercepat proses penggantian paip bagi mengurang risiko gangguan bekalan air.

Usul dibawa wakil rakyat Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran disokong beberapa Ahli Dewan Negeri termasuk Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin.

Rajiv berkata kejadian paip pecah perkara biasa di Selangor hingga menyebabkan gangguan di kawasan perumahan, perniagaan dan industri.

"Kita harus pandang serius isu ini kerana Selangor mahu menjadi Negeri Pintar menjelang 2025, oleh itu prasarana juga perlu bertaraf dunia termasuk perkhidmatan air," katanya.

Sementara itu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata penggantian paip usang bagi mengelak gangguan bekalan air keutamaan Kerajaan Negeri ketika ini.

Beliau berkata paip baharu lebih berkualiti serta tahan lasak berbanding sedia ada menggunakan jenis simen asbestos yang mudah terhakis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619