EXCO

Selangor kesal Pusat tolak pinda enakmen hukum pembuang sampah haram

14 Jul 2020, 9:57 AM
Selangor kesal Pusat tolak pinda enakmen hukum pembuang sampah haram

SHAH ALAM, 14 JULAI: Kerajaan Negeri kecewa apabila kerajaan Persekutuan menolak cadangannya meminda enakmen untuk menaikkan jumlah kompaun pembuang sampah haram, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata penolakan itu dibuat setelah kerajaan bertukar tangan kepada kerajaan Perikatan Nasional pada Mac lalu.

"Sebelum ini Kerajaan Negeri mencadangkan supaya hukuman lebih berat dikenakan kerana pembuang sampah haram hanya dikenakan denda RM1,000 sahaja, sudah tentulah ia tidak cukup untuk menakutkan individu tidak bertanggungjawab ini.

"Oleh sebab itu, Selangor mengusulkan supaya enakmen menghukum pesalah ini dipinda, tetapi akhirnya ia ditolak Kerajaan Persekutuan," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata Selangor akan lebih tegas menangani masalah pembuangan sampah haram ekoran majoriti Ahli Dewan Negeri turut mengemukakan masalah sama ketika sesi perbahasan.

"Oleh kerana usul kita ditolak di peringkat pusat, maka Kerajaan Negeri akan memikirkan cara lain untuk tangani isu ini supaya ia tidak menjadi lebih buruk," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619