AGENDA

Rakyat terima semula wang khairat kematian mulai tahun depan

14 Jul 2020, 5:18 AM
Rakyat terima semula wang khairat kematian mulai tahun depan

SHAH ALAM, 14 JULAI: Pemberian wang khairat kematian di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) akan dilaksanakan semula tahun depan, kata Dato' Menteri Besar.

Menjelaskan hal itu akan diumumkan pada sesi belanjawan November ini, Dato' Seri Amirudin Shari menegaskan Kerajaan Negeri tidak pernah memansuhkan program itu, sebaliknya mereka meneliti dan membuat penjajaran semula.

"Jumlah wang khairat kematian ini mungkin tidak sebanyak dahulu, tetapi kita sentiasa menghargai rakyat di negeri ini iaitu yang masih hidup diberi bantuan baucar Jom Shopping dan apabila sudah meninggal, keluarga akan diberi wang khairat untuk menguruskan jenazah.

"Itulah semangatnya, hidup senang, mati pun senang, yang hidup kita layani dan apabila sudah mati, kita hormati dan beri penghargaan," katanya ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri Ijok, Dr Idris Ahmad pada sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Beliau menambah Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) akan menguruskan program tersebut.

1 Mei tahun lalu, Kerajaan Negeri menghentikan pemberian wang tersebut dan digantikan dengan baucar Jom Shopping.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619