EXCO

Sistem kumpul data penduduk miskin siap November ini

13 Jul 2020, 9:30 AM
Sistem kumpul data penduduk miskin siap November ini

SHAH ALAM, 13 JULAI: Aplikasi pintar yang mengumpulkan data penduduk miskin di Selangor dijangka siap sepenuhnya menjelang November ini.

EXCO pembangunan sosio ekonomi, V Ganabatirau berkata Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) akan mengumpulkan maklumat pendapatan individu dan isi rumah serta inisiatif dari Kerajaan Negeri.

"Pada masa sama, sistem ini juga akan mengumpulkan kesemua 33 program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat sekali gus memudahkan rakyat mendapat maklumat inisiatif yang layak dimohon," katanya ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin pada sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Beliau menambah Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan membantu 4,506 penduduk miskin, sementara Program Pemberian Bantuan Baucer Perayaan berjaya membantu 609,632 golongan kurang mampu di negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619