AGENDA

Plus tutup dua lorong Lebuhraya Elite mulai esok

11 Jul 2020, 2:51 AM
Plus tutup dua lorong Lebuhraya Elite mulai esok
Plus tutup dua lorong Lebuhraya Elite mulai esok

SHAH ALAM, 11 JULAI: Dua lorong di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) akan ditutup kepada semua kenderaan mulai esok hingga 17 Julai untuk kerja penyelenggaraan meningkatkan tahap keselamatan.

Plus Malaysia Berhad (Plus) dalam kenyataan memaklumkan penutupan melibatkan lorong perlahan dan kecemasan di KM23.14 hingga KM24.21 (arah selatan).

"Plus meneruskan usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di antara Persimpangan Bertingkat Putrajaya-Gamuda Cove di Lebuhraya Elite dan penutupan ini membolehkan kerja penyelenggaraan turapan jalan dapat dilaksanakan dengan selamat di sepanjang laluan tersebut," katanya.

Syarikat pengendali lebuh raya menasihatkan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif iaitu jalan susur ke Rawat dan Rehat (R&R) Dengkil untuk meneruskan perjalanan ke selatan sekiranya berlaku kesesakan di laluan berkenaan dan mematuhi semua papan tanda lalu lintas serta arahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619