PBT

MDKS: Empat premis cuci kereta haram diarah tutup

10 Jul 2020, 6:50 AM
MDKS: Empat premis cuci kereta haram diarah tutup

SHAH ALAM, 10 JULAI: Empat premis cuci kereta dipercayai dikendalikan warga asing di sekitar Puncak Alam, Kuala Selangor diarah tutup kelmarin kerana menjalankan operasi tanpa lesen.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Rahilah Rahmat berkata 14 unit peralatan pembersih kenderaan seperti vakum dan pemampat udara turut disita di semua premis terbabit.

"Semua premis dikenakan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Iklan (MDKS) 2007 atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa sah.

"Warga asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen pula dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan seterusnya," katanya dalam kenyataan semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619