PBT

Lebih 200 sertai pertandingan e-sukan anjuran MDKS

19 Mac 2021, 4:27 AM
Lebih 200 sertai pertandingan e-sukan anjuran MDKS

SHAH ALAM, 19 MAC: Kira-kira 300 peserta dijangka sertai Kuala Selangor E-Games Festival 2021 yang bermula esok.

Presiden Dxstream Esports Club, Abdul Aziz Shari berkata sebanyak tiga kategori e-sukan dipertandingkan iaitu Mobile Legends, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PuBG) dan FIFA21.

"Setakat ini kita telah terima lebih 200 penyertaan untuk keseluruhan kategori. Bagi PuBG tarikh penyertaan telah ditutup.

"Namun, Mobile Legends dan FIFA21 masih dibuka pendaftaran sehingga tiga hari sebelum pertandingan bermula," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, seramai 144 peserta bakal berentap dalam PuBG esok.

Kuala Selangor E-Games Festival 2021 anjuran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) itu menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM8,000.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut boleh menghubungi 011-1192 6202 (Hical) atau klik di pautan berikut:

Mobile Legends: https://www.mesf.gg/…/kuala-selangor-e-games-festival

FIFA21: https://www.mesf.gg/…/kuala-selangor-e-games-festival

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619